Ahad, 24 November 2013

persediaan memancing

       Asalamualaikum dan selamat sejahtera , terutama kepada kaki pancing. mungkin di tempat anda ada anjuran memancing yang akan berlangsung , sama ada anjuran itu besar atau secara kecil-kecil masuk la pertandingan tersebut untuk mengisi masa lapang . Berekreasi bersama keluarga, kawan-kawan, dan mungkin disana kita boleh mendapat kawan baru.

Tujuan sebenar saya pada kali ini ialah untuk berkongsi sedikit berkaitan kelengkapan yang perlu di bawa oleh kaki pancing. Antara kelengkepan yang perlu dibawa pemancing ialah:





diatas merupakan senarai pendek sahaja yang perlu dibawa oleh kaki pancing. mungkin para kaki pancing boleh membawa sedikit bekal seperti air mineral , makana ringan tetapi ingat jangan membuang sampah merata-rata di kawasan pertandingan kerana kebersihan alam sekitar tanggungjawab bersama buanglah sampah ditempat yang disediakan atau simpan dalam poket dahulu , selain itu kelengkapan seperti payung juga penting kerana untuk melindungi diri dari hujan dan panas terik matahari untuk kebaikan diri sendiri bagi mengelak dari sakit.

Terima kasih kerana luangkan masa sedikit untuk membaca , kepada kaki pancing di luar sana selamat berekreasi bersama keluarga dan selamat memancing.








Jumaat, 22 November 2013

ikan keli

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, kepada kaki pancing dan juga yang membaca blog ini..
hari ini saya terfikir nak tulis sedikit berkaitan ikan keli atau dalam bi "Catfish "atau nama lain "sumbilang" dalam bahasa dusun. rupanya ikan keli ini ada banyak jenis hasil dari pembacaan saya ada 9 jenis ikan keli. iaitu keli kayu,keli bunga,keli eksotika ,keli limbat, keli mata kati,keli rusia,keli afrika,keli jeram dan keli hutan.

Umpan untuk pancing ikan keli ini, biasanya umpan tradisional iaitu cacing, selain itu kita boleh juga guna umpan seperti usus ayam, dan  baja ikan. tetapi pemancing boleh juga menggunakan lain2 umpan yang difikirkan boleh menarik perhatian ikan keli terpulang kepada pemancing.

                                                        ikan keli@catfish@sumbilang

selain itu, ikan keli ini juga jika diusahakan dengan bagus boleh memberikan pulangan yang agak lumyan kepada pengusaha.

ikan keli ini boleh  dimasak dengan pelbagai cara, ia bergantung kepada kreativiti . contoh masak sup,masak sambal dll....mengikut selera masing-masing.







jadi kepada kaki pancing yang diluar sana hujung minggu cari tempat yang rasa-rasa ada    
 ikan keli@catfish@sumbilang di sungai , kolam mana-mana yang berdekatan pergilah memancing nanti cuba masak seperti gambar diatas...anda pasti puas hati makan bersama keluarga dan "selamat memancing...."

Isnin, 18 November 2013

Ikan Haruan




Ikan Haruan... dalam bahasa dusun" Badus" dan nama saintifik Channa Striatus merupakan ikan air tawar jenis karnivor, ikan ini biasanya terdapat di asia tenggara. pemancing biasanya memakai  umpan katak, umpan tiruan, dan umpan tradisional iaitu umpan cacing.

khasiat memakan ikan haruan ialah,pertama dapat menyembuhkan luka dalam. kerana ikan ini mengandungi asam amino dan lemak. ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang boleh membantu menambah daya penglihatan dan juga melambatkan proses penuaan kerana mempunyai anti oksidan.

jadi kepada kaki pancing  hujung minggu nie carilah tempat untuk memancing ikan haruan. anda pasti akan mendapat kepuasan ketika memancing, kerana ikan haruan ini membuatkan para pemancing sedikit bertarung untuk menarik naik ikan ini  ke darat dan sekiranya berat ikan ini mencapai 5 kg keatas ada pasti seronok untuk memancing.. selamat memancing kaki pancing..

cara masak ikan haruan..


                                                        ikan haruan masak sup

cara masak ini dapat mengekalkan khasiat yang ada pada ikan haruan. tetapi bergantunglah pada tuan-tuan dan puan-puan yang ada dirumah mengikut cita rasa.bagaiman cara masak..selamat mencuba..

Sabtu, 16 November 2013

Ikan Patin

                                                         ikan patin ( Pangasius Sutchi)

ikan patin  nama saintifik  pangasius sutchi , adalah spesis ikan air tawar. ikan .
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
jadi para pemancing boleh la mencuba buat umpan berasakan diet ikan patin.

 selain itu, ikan patin juga boleh di masak dengan pelbagai resepi mengikut selera masing-masing. contoh Gulai ikan patin, dengan hidangan ambuyat , gulai lemak cili api,gulai tempoyak ikan patin.
cara masak ada banyak.


                                                    ikan patin masak tempoyak

nampak macam sedap nanti mau try nie...

Jumaat, 15 November 2013

fishing hobby

fishing hobby is one very popular hobby these days , this is because it is relaxing and can be done any time of day or night . fishing can also be done with the family or with friends . fishing activities can provide many benefits to anyone who is interested in this , the benefits to be derived from the hobby of fishing .
first have peace , it is because when we are fishing we can forget about the problems we face , such as learning problems , problems at work . when we are fishing we will be able to enjoy the beauty of a clean environment . this clean environment will we have peace because we are in a situation that is far from pollution .
next , through fishing we can save our daily expenses . this is because when we went fishing and got a fish because we do personally to get the fish no matter whether we are fishing in freshwater ponds , lakes, rivers or the sea. fish we get from fishing can also be sold to the public in some way increase our income families.
besides that, through fishing we can organize fishing competitions involve the public. through the organization of fishing activities we can strengthen relationships with other people . further by organizing a fishing competition we will be able to learn the correct way and learn from those more experienced than us.


Finally, the fishing is a lot of benefit to the individual. because these activities more towards us to get closer to a clean environment and this activity also makes us will recognize the importance of a clean environment.